Ngeri, polis terkejut menemui dua aligator sedang makan badan manusia

 

Ngeri, polis terkejut menemui dua aligator sedang makan badan manusia | Polis di South Florida terkejut dengan satu kejadian di mana dua ekor aligator sedang memakan badan yang dipercayai manusia, semalam. Laporan portal The Sun Sentinel yang memetik pegawai polis di Davie, Capt. Dale Engle sebagai berkata, badan manusia itu ditemukan Ahad lalu di Southwest Ranches, kira-kira 32.2 kilometer dari Fort Lauderdale, dan dikatakan kejadian itu sudah lama di lokasi tersebut. Menurut Engle, para pegawainya gagal untuk menghalau dua aligator tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan badan manusia terbabit.

Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat situasi tersebut dan belum mengetahui cara kematian serta jantina manusia terbabit. – AGENSI

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *